Wednesday 19 December 2012

Penyelidikan Asas Dan Gunaan

Matlamat penyelidikan ialah untuk menghasilkan pengetahuan baru termasuk penemuan tentang hubungan dan ramalan terhadap dapatan kajian yang diperoleh.
 
 
Penyelidikan Sosial boleh dikelaskan dalam beberapa cara iaitu;
 
1. Dibahagikan mengikut tujuan kajian iaitu penerokaan, deskriptif atau penjelasan.
2. Dibahagikan berdasarkan kegunaan iaitu kepada asas (tulen) atau gunaan (tindakan,  
    impak,penilaian).
3. Dibahagikan mengikut masa iaitu keratin rentas atau jangka panjang, iaitu panel, siri   
    masa (time series), analisis cohort (cohort studies) atau kajian kes.
4. Dibahagikan mengikut data kuantitatif (eksperimen, tinjauan, statistic sedia ada)
    ataupun data kualitatif seperti kajian lapangan dan perbandingan sejarah.
5. Dibahagikan sama ada terkawal (dalam makmal) atau secara kajian lapangan (field
    research).


Dalam ruangan pada kali ini, saya ingin mengutarakan apakah yang dimaksudkan penyeldikan asas dan gunaan.


Penyelidikan Asas (Basic Research)

Penyelidikan Asas mempunyai dua matlamat utama.

1. Bertujuan untuk menguji teori-teori tingkah laku social sedia ada.
2. Bertujuan untuk menjelaskan sesuatu corak tingkah laku yang diperhatikan.

Terdapat beberapa ciri kajian asas iaitu;

1. Bertujuan memahamkan sesuatu fenomena, masalah, konsep, kejadian atau kes;
2. Meningkatkan maklumat mengenai masalah yang dikaji.
3. Kajian gunaan menggunakan maklumat  dari kajian asas untuk menjalankan atau
    memulakan penyelidikan;
4. Skop kajian tidak begitu luas;
5. Bertujuan untuk menolak atau menerima sesuatu teori atau data-data, berdasarkan
    kajian-kajian empiris yang lepas;
6. Memberi gambaran, meramal dan menjelaskan prinsip-prinsip asas mengenai sesuatu
    tingkah laku;
7. Pilih teori sebagai panduan untuk menguji hipotesis dan melengkapkan ketepatan teori
    yang telah diuji.
8. Menyajikan latar belakang atau maklumat asas untuk kajian berbentuk gunaan;
9. Maklumat yang diperoleh dari kajian ini digunakan pada masa akan dating dan tidak
    semestinya serta-merta selepas kajian itu dilengkapkan.


Manakala, Penyelidikan Gunaan (Applied Research) pula bermaksud;

Kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti impak ke atas sesuatu tingkah laku social yang khusus. Dalam kajian gunaan penyelidik akan memberikan focus kepada pemboleh ubah yang boleh diubah melalui intervensi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.

Umumnya, dapatan kajian gunaan digunakan untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan segera yang boleh digunakan oleh individu, kumpulan ataupun organisasi bagi mengurangkan masalah sosial.

Antara ciri-ciri kajian gunaan ialah;

1. Cuba untuk mengatasi sesuatu masah yang dialami dengan memberikan penyelesaian
    atau untuk membaik pulih;
2. Maklumat yang diperolehi dari kajian itu digunakan untuk mebawa perubahan dalam
    masyarakat;
3. Skop kajiannya adalah lebih luas dari kajian asas;
4. Dilaksanakan berasaskan pada pencapaian satu-satu matlamat atau tinjauan tertentu;
5. Kajian jenis ini selalunya ada penaja (Sponsor) seperti kementerian, jabatan, organisasi
    swasta, awam, yayasan, university dan persatuan-persatuan kerajaan atau bukan
    kerajaan.
6. Objektif kajian, pemboleh ubah dikaji serta teknik mengumpul data adalah 
    berdasarkan pada kehendak penaja.
7. Kajian dijalankan berdasarkan pada masalah yang benar-benar dihadapi pada ketika
    itu.
8. Penyelesaian atau jawapan yang ditemui dalam penyelidikan akan digunakan selepas
    masalah itu dikaji.
9. Dilaksanakan untuk memahami masalah semasa serta mencari kaedah baru untuk
    menyelesaikan masalah.

Sekian.

Sumber : Buku Kaedah Penyelidikan Sosial Sabitha Marican (2005)




Ciri-Ciri Penyelidikan Kuantitatif & Kualitatif

Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.



Apakah Penyelidikan Kuantitatif?

Menurut Sabitha Marican (2005) Penyelidikan kuantitatif akan digunakan sekiranya persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik. Kajian berbentuk kuantitatif selalu diperhatikan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula-formula yang tertentu. Hasil kajian merangkumi formula-formula tertentu dalam bentuk gambar rajah, jadual dan perkiraan statistic.

Berikut merupakan video tentang penyelidikan kuantitatif.
Sumber : Youtube






Contoh-contoh penyelidikan kuantitatif.

Contoh-contoh penyelidikan kuantitatif boleh didapati menerusi pautan tersebut;

www.efdergi.hacettepe.edu.tr/english/.../İBRAHİM%20KEKLİK.pdf

http://www.tojet.net/articles/v9i2/9223.pdf




Apakah Penyelidikan Kualitatif?

Menurut Sabitha Marican (2005), penyelidikan kualitatif pula berfokus pada konteks sesuatu perkara itu berlaku. Denga kata lain, ia merupakan satu proses atau bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dalam satu-satu suasana (setting) yang hendak dikaji. Kajian jenis ini berfokus pada proses dan hasil. Hasil kajian pula dipersembahkan dalam bahasa seharian. Kajian ini tidak bergantung kepada nombor atau perkiraan statistic dalam memberikan penjelasan terhadap pembolehubah yang dikaji.

Pendekatan kajian jenis ini digunakan untuk mengkaji suasana atau proses yang sukar diukur dengan nombor, seperti imej diri, tingkah laku, perasaan dan tindakan.


Berikut merupakan video mengenai kajian kualitatif.
Sumber : YouTube





Contoh-contoh penyelidikan kualitatif.

Contoh-contoh penyelidikan kualitatif boleh didapati menerusi pautan tersebut;

https://scholar.vt.edu/access/.../e-Learning%20Scott%20Midkiff.pdf

www.tojet.net/articles/v10i4/10428.pdf


Perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.

Berikut merupakan video perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif.


 
 





Semoga bermanfaat.

Sekian, Terima kasih.




Tuesday 13 November 2012

Pemboleh Ubah

DEFINISI PEMBOLEH UBAH....???
Pemboleh ubah ialah konsep ataupun konstruk yang diselidik oleh penyelidik
(Gay & Arasian, 2000), yakni merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan;
yang berubah-ubah dari segi kualiti atau kuantiti.

JENIS PEMBOLEH UBAH....???
Pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan dapat dikategorikan kepada:
1.  Pemboleh ubah tidak bersabdar(independent variable)
2.  Pemboleh ubah bersandar(dependent variable)
3.  Pemboleh ubah luaran(extraneous variable)
4.  Pemboleh ubah moderator(moderator variable)
5.  Pemboleh ubah intervensi(intervening variable)

PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR....???
Pemboleh ubah tidak bersandar merupakan pemboleh ubah yang dijangka akan
mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain yang digelar pemboleh ubah bersandar.
Dalam penyelidikan berbentuk eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar merupakan
rawatan ataupun pemboleh ubah yang dimanipulasi, yakni diubah secara sistematik oleh
penyelidik.
Contoh: Seorang penyelidik berminat untuk menentukan kesan dua kaedah pembelajaran koperatif(Kaedah A dan Kaedah B)ke atas pencpaian akademik pelajar.  Kaedah
pembelajaran koperatif merupakan rawatan yang diberi kepada kumpulan eksperimen dan
dimanipulasi oleh penyelidik, di mana kumpulan pertama diajar dengan menggunakan
Kaedah A dan kumpulan dua pula diajar dengan Kaedah B, dengan jangkaan kedua-dua
kaedah akan memberi kesan yang berbeza ke atas pemboleh ubah bersandar iaitu
pencapaian akademik pelajar.

Dalam sesebuah penyelidikan, penyelidik boleh meneliti lebih daripada satu
pemboleh ubah tidak bersandar.
Contoh: Apakah hubungan antara efikasi kendiri(pemboleh ubah tidak bersandar),
 kelayakan akademik(pemboleh ubah tidak bersandar),  dan pengalaman mengajar
(pemboleh ubah tidak bersandar), guru dengan kualiti pengajaran(pemboleh ubah bersandar)
 mereka?

PEMBOLEHUBAH BERSANDAR....???
Pemboleh ubah bersandar merupakan pemboleh ubah yang menerima kesan satu atau
lebih pemboleh ubah tidak bersandar, sama ada pemboleh ubah yang dimanipulasi
ataupun yang diperhati oleh penyelidik(Jaeger, 1990).
Perubahan yang berlaku diandaikan berikutan pengaruh pemboleh ubah tidak
bersandar. Pemboleh ubah bersandar juga dikenali sebagai pemboleh ubah hasil
(outcome variable) atau pemboleh ubah kriteria(criterion variable).
Pemboleh ubah tidak bersandar dan bersandar sering digunakan dalam penyelidikan
eksperimen dan penyelidikan perbandingan penyebab(causal comparative study.
Dalam penyelidikan eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar dimanipulasi oleh
penyelidik untuk melihat kesannya ke atas pemboleh ubah bersandar.
Contoh: Adakah kaedah pembelajaran berasaskan masalah(pemboleh ubah 
tidak bersandar)dapat meningkatkan skor matematik (pemboleh ubah bersandar)
pelajar?

PEMBOLEH UBAH LUARAN....????
Pemboleh ubah luaran ialah pemboleh ubah tidak bersandar yang penyelidik percaya
boleh memberi kesan ke atas pemboleh ubah bersandar dalam sesuatu penyelidikan
khususnya penyelidikan eksperimen(Gay & Airasian 2000; Mohd Majid Konting, 2005;
Pallant, 2001).
Contoh: Dalam penyelidikan tentang kesan kaedah pembelajaran koperatif ke atas
pencapaian akademik pelajar, di samping kesan kaedah pembelajaran yang diselidik,
pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh faktor kecerdasan pelajar.  Oleh itu,
kecerdasan pelajar yang merupakan pemboleh ubah luaran turut boleh
mengganggu kesan kaedah pembelajaran ke atas pencapaian pelajar.
Namun begitu, apabila mengkaji hubungan sebab-akibat antara pemboleh ubah
tidak bersandar yang dimanipulasi dan pemboleh ubah bersandar, penyelidik perlu
mengawal dan meminimumkan pengaruh pemboleh ubah luaran ke atas pemboleh
ubah bersandar kerana ia mungkin akan memberi kesan sehingga menjejaskan
keputusan eksperimen.

PEMBOLEH UBAH MODERATOR.....???
Dalam hubung kait antara pemboleh ubah, terdapat  sekurang-kurangnya satu
pemboleh ubah tidak berandar dan satu pemboleh ubah bersandar.  Sebarang pemboleh
ubah yang mengubah hubungan antara kedua-dua pemboleh ini dinamakan pemboleh
ubah moderator iaitu pemboleh ubah tidak bersandar yang tidak dimanipulasi tetapi
disedari oleh penyelidik dan diukur dalam penyelidikan.
Contoh: Katakan penyelidik ingin meneliti hubungan antara motivasi (pemboleh ubah X)
dan penggunaan strategi pembelajaran(pemboleh ubah Y) dalam kalangan pelajar sekolah
rendah di Malaysia.  Dalam penyelidikan ini, pemboleh ubah moderator yang mungkin
mempengaruhi kekuatan antara motivasi dan penggunaan strategi pembelajaran ialah
umur pelajar (pemboleh ubah Z).
Hal ini kerana kekuatan hubungan antara pemboleh ubah X dan pemboleh ubah Y
mungkin meningkat mengikut peringkat umur, iaitu pelajar-pelajar yang lebih tua
berkemungkinan mempunyai motivasi yang lebih tinggi ddalam penggunaan strategi
pembelajaran kerana keinginan mereka untuk mencapai keputusan yang baik adalah
lebih tinggi.

PEMBOLEH UBAH INTERVENSI....???
Pemboleh ubah intervensi(intervening variables or mediating variables)merupakan
pemboleh ubah yang mewujudkan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan
pemboleh ubah bersandar.  Oleh itu, penyingkiran pengaruh pemboleh ubah intervensi
akan menyebabkan ketiadaan sebarang hubungan  antara kedua-dua pemboleh ubah.
Contoh: Dalam suatu penyelidikan tentang kebolehan membaca kanak-kanak, pelbagai
data telah dikumpul oleh penyelidik, termasuk maklumat demografi dan data fizikal
seperti umur (pemboleh ubah Z) dan ketinggian kanak-kanak(pemboleh ubah X).
Hasil analisis menunjukkan bahawa ketinggian (pemboleh ubah X) kanak-kanak
mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kebolehan membaca
(pemboleh ubah Y) mereka.  Hal ini bermakna semakin tinggi (pemboleh ubah X)
seseorang kanak-kanak, semakin tinggi kebolehan (pemboleh ubah Y) membacanya.
Realitinya, ketinggin kanak-kanak(pemboleh ubah X) dan kebolehan membaca
mereka (pemboleh ubah Y) dipengaruhi oleh satu pemboleh ubah ketiga iaitu umur
(pemboleh ubah Z) dan penyingkiran pengaruh umur secara statistik akan melenyapkan
hubungan antara ketinggian (pemboleh ubah X) dan kebolehan membaca
(pemboleh ubah Y) kumpulan kanak-kanak yang diselidik.

Pemboleh ubah intervensi juga mungkin hanya mempengaruhi pemboleh ubah tidak
bersandar dan menyebabkan perubahan berlaku dalam pemboleh ubah bersandar.

Sumber:
Penyelidikan Dalam Pendidikan
Noraini Idris 2010




Thursday 8 November 2012

Salam 1Malaysia,
Dalam entry kali ini, kami upload video tentang pengkelasan penyelidikan dan jenis-jenis penyelidikan sains sosial. Harap ia dapat membantu.

P/s: Sila beri komen ;-).

Tuesday 6 November 2012

This video is about ethics in educational research. Listen to the points she said about the importance to adhere to the ethics code.

http://youtu.be/cDzS6T1k7Zk

Quantitative Vs Qualitative



This video is about two researcher who arguing about which research mehod they want to ue in their studieis. Listen to the points each said...
Salam 1Malaysia,

Dalam entry kali ini, saya cuba membuat video menggunakan movie maker. Ini percubaan pertama saya oleh itu kalau banyak yang kurang, mohon maaf dari semua. Video pendek ini hanya mengenai pengenalan apa itu penyelidikan dalam pendidikan. Harap video ini membantu pemahaman tentang definisi penyelidikan pendidikan.