Wednesday 19 December 2012

Penyelidikan Asas Dan Gunaan

Matlamat penyelidikan ialah untuk menghasilkan pengetahuan baru termasuk penemuan tentang hubungan dan ramalan terhadap dapatan kajian yang diperoleh.
 
 
Penyelidikan Sosial boleh dikelaskan dalam beberapa cara iaitu;
 
1. Dibahagikan mengikut tujuan kajian iaitu penerokaan, deskriptif atau penjelasan.
2. Dibahagikan berdasarkan kegunaan iaitu kepada asas (tulen) atau gunaan (tindakan,  
    impak,penilaian).
3. Dibahagikan mengikut masa iaitu keratin rentas atau jangka panjang, iaitu panel, siri   
    masa (time series), analisis cohort (cohort studies) atau kajian kes.
4. Dibahagikan mengikut data kuantitatif (eksperimen, tinjauan, statistic sedia ada)
    ataupun data kualitatif seperti kajian lapangan dan perbandingan sejarah.
5. Dibahagikan sama ada terkawal (dalam makmal) atau secara kajian lapangan (field
    research).


Dalam ruangan pada kali ini, saya ingin mengutarakan apakah yang dimaksudkan penyeldikan asas dan gunaan.


Penyelidikan Asas (Basic Research)

Penyelidikan Asas mempunyai dua matlamat utama.

1. Bertujuan untuk menguji teori-teori tingkah laku social sedia ada.
2. Bertujuan untuk menjelaskan sesuatu corak tingkah laku yang diperhatikan.

Terdapat beberapa ciri kajian asas iaitu;

1. Bertujuan memahamkan sesuatu fenomena, masalah, konsep, kejadian atau kes;
2. Meningkatkan maklumat mengenai masalah yang dikaji.
3. Kajian gunaan menggunakan maklumat  dari kajian asas untuk menjalankan atau
    memulakan penyelidikan;
4. Skop kajian tidak begitu luas;
5. Bertujuan untuk menolak atau menerima sesuatu teori atau data-data, berdasarkan
    kajian-kajian empiris yang lepas;
6. Memberi gambaran, meramal dan menjelaskan prinsip-prinsip asas mengenai sesuatu
    tingkah laku;
7. Pilih teori sebagai panduan untuk menguji hipotesis dan melengkapkan ketepatan teori
    yang telah diuji.
8. Menyajikan latar belakang atau maklumat asas untuk kajian berbentuk gunaan;
9. Maklumat yang diperoleh dari kajian ini digunakan pada masa akan dating dan tidak
    semestinya serta-merta selepas kajian itu dilengkapkan.


Manakala, Penyelidikan Gunaan (Applied Research) pula bermaksud;

Kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti impak ke atas sesuatu tingkah laku social yang khusus. Dalam kajian gunaan penyelidik akan memberikan focus kepada pemboleh ubah yang boleh diubah melalui intervensi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.

Umumnya, dapatan kajian gunaan digunakan untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan segera yang boleh digunakan oleh individu, kumpulan ataupun organisasi bagi mengurangkan masalah sosial.

Antara ciri-ciri kajian gunaan ialah;

1. Cuba untuk mengatasi sesuatu masah yang dialami dengan memberikan penyelesaian
    atau untuk membaik pulih;
2. Maklumat yang diperolehi dari kajian itu digunakan untuk mebawa perubahan dalam
    masyarakat;
3. Skop kajiannya adalah lebih luas dari kajian asas;
4. Dilaksanakan berasaskan pada pencapaian satu-satu matlamat atau tinjauan tertentu;
5. Kajian jenis ini selalunya ada penaja (Sponsor) seperti kementerian, jabatan, organisasi
    swasta, awam, yayasan, university dan persatuan-persatuan kerajaan atau bukan
    kerajaan.
6. Objektif kajian, pemboleh ubah dikaji serta teknik mengumpul data adalah 
    berdasarkan pada kehendak penaja.
7. Kajian dijalankan berdasarkan pada masalah yang benar-benar dihadapi pada ketika
    itu.
8. Penyelesaian atau jawapan yang ditemui dalam penyelidikan akan digunakan selepas
    masalah itu dikaji.
9. Dilaksanakan untuk memahami masalah semasa serta mencari kaedah baru untuk
    menyelesaikan masalah.

Sekian.

Sumber : Buku Kaedah Penyelidikan Sosial Sabitha Marican (2005)




No comments:

Post a Comment