Monday 5 November 2012

Etika Penyelidik


ETIKA PENYELIDIKAN.....???
Etika merupakan suatu cabang ilmu falsafah yang berteraskan konsep moraliti.  Menurut Velasquez dan Rostankowski (1985), etika boleh didefinisikan sebagai satu penyelidikan sistematik tentang kepercayaan dan pertimbangan tentang apa yang benar dan salah dari segi moral.  Etika merupakan satu cabang penyelidikan yang cuba memberi penjelasan kepada persoalan tentang perkara-perkara yang bermoral dan tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang penyelidik semasa menjalankan penyelidikan.

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.....???
1.    Perlindungan Peserta Penyelidikan
      Semasa penyelidikan dijalankan, peserta yang mengambil bahagian harus dilindungi daripada
      sebarang kesan negatif yang mungkin sama ada dari segi fizikal dan mental.

      2.   Kerahsiaan Maklumat Peserta Penyelidikan
      Sebarang maklumat peserta perlu dilindungi daripada makluman masyarakat umum melainkan  
      peserta telah memberikan persetujuan secara bertulis yang membenarkan penyelidik 
      menghebahkan maklumat tersebut kepada orang ramai. Contohnya, dalam penyelidikan 
      tinjauan, nama responden tidak perlu dinyatakan.

      3.    Kuasa Pilihan Untuk Keterlibatan Dalam  Penyelidikan/Isu Paksaan  
      Kuasa membuat pilihan sama ada untuk melibatkan diri atau tidak dalam penyelidikan perlu   
      diberi kepada bakal peserta penyelidikan; tiada paksaan.

4.  Penjelasan Awal Tentang Penyelidikan/Persetujuan Termaklum
     Penjelasan awal perlu diberi kepada peserta tentang penyelidikan yang bakal mereka sertai
     agar mereka dapat membuat pilihan sama ada untuk melibatkan diri atau tidak dalam    
     penyelidikan berkenaan. Salah satu langkah bagi menjamin etika dalam penyelidikan adalah
     melalui penggunaan borang persetujuan termaklum.  Borang tersebut perlulah dibaca dan
     ditandatangani oleh peserta atau penjaga/ibubapa(jika melibatkan kanak-kanak). 

5.  Isu Sulit dan Kerahsiaan
     Sebarang maklumat berkaitan dengan peserta  yang diperoleh sepanjang penyelidikan perlu
     disimpan dengan rapi dalam situasi terkawal.  Cara terbaik untuk pelihara kerahsiaan adalah
     dengan mengurangkan jumlah individu yang terlibat dengan pengurusan data.

6.  Perkongsian Hasil Penyelidikan
     Pengetahuan saintifik yang diperoleh adalah milik umum dan harus diumum secepat mungkin
     secara praktikal oleh penyelidik.  Pihak yang patut mendapat maklumat tentang penyelidikan
     adalah subjek yang terlibat dalam penyelidikan.

7.  Pemberitahuan
     Penyelidik haruslah memaklumkan subjek sekiranya penyelidikan yang dijalankan melibatkan
     unsur tipu daya ataupun manipulasi seperti merakam dan merekod reaksi subjek.  Sekiranya
     subjek tidak senang dengan situasi berkenaan, penyelidik perlu memohon maaf dan
     menerangkan butiran penyelidikan.

8.  Berkongsi Faedah
     Prinsip terakhir yang sering diabaikan ialah perkongsian faedah.  Contohnya seorang penyelidik
     menggunakan dua kumpulan peakit Alzheimer bagi menyelidik kekuatan ingatan mereka
     berdasarkan kaedah ekperimen yang dijalankan.  Walaupun tidak semua pesakit akan
     menunjukkan perkembangan positif, namun mereka perlulah dibri peluang untuk menikmati
     faedah daripada kaedah yang dijalankan bagi memastikan keadilan proses penyelidikan.

PRINSIP ETIKA SEMASA MENJALANKAN PENYELIDIKAN....???
Menurut Resnik(2008), terdapat beberapa prinsip etika dalam penyelidikan:

1.  Kejujuran
     Penyelidik haruslah melaporkan data dan hasil dapatan dengan jelas, menerangkan prosedur
     penyelidikan serta status penerbitan dengan jujur.
     Penyelidik sama sekali dilarang memalsukan data atau cuba memperdaya rakan sekerja atau
     agensi yang terlibat  dan masyarakat umum tentang dpatn mereka.

2.  Integriti
     Penyelidik harus berpegang pada janji dan amanah serta bertindak dengan ikhlas dan
     mengekalkan tindakan dan idea yang konsisten dalam penyelidikan mereka.

3.  Cermat
     Elakkan kesilapan yang mungkin timbul dengan memeriksa penyelidikan yang dijalankan secara
     teliti, kritis, dan berhati-hati.  Simpan rekod berkaitan aktiviti seperti pengumpulan data, kaaedah
     penyelidikan dan urusan dengan agensi yang terlibat ataupun senarai jurnal yang terbabit.

4.  Keterbukaan
     Kongsi data, hasil penyelidikan, perkakasan dan sumber dengan penyelidik lain dan bersikap
     terbuka terhadap kritikan dan idea baru.

5.  Menghormati Harta Intelektual
     Hormat paten, hak cipta dan bentuk harta intelektual individu lain.  Elakkan menggunakan data,
     kaedah atau hasil penyelidikan yang tidak diterbitkan tanpa kebenaran dan jangan sesekali
     melakukan plagiarisme.

6.  Penerbitan yang Bertanggungjawab
     Elakkan penerbitan yang bertindih dan sia-sia.  Terbitkan bahan penyelidikan dengan tujuan
     untuk memajukan penyelidikan dan bidang berkaitan, bukannya memajukan kerjaya peribadi.

7.  Penyeliaan yang Bertanggungjawab
     Penyelidik haruslah menasihat, menyelia, dan mengajar pelajar mereka dan berilah galakan
     untuk membuat keputusan sendiri.

8.  Menghormati Rakan Sekerja
     Hormati rakan sekerja dalam penyelidikan dan layan mereka dengan adil dan saksama.

9.  Tanggungjawab Sosial
     Galakkan kebaikan dan banteras bahaya sejagat melalui penyelidikan, pendidikan awam, dan
     khidmat nasihat.

10.  Bebas Dirkriminasi
       Elakkan diskriminasi terhadap rakan sekerja atau pelajar mahupun subjek penyelidikan
       berdasarkan umur, jantina, bangsa, suku kaum dan sebagainya.

11.  Kecekapan
       Kekalkan dan tingkatkan kemahiran dan kepakaran penyelidikan melalaui pembelajaran
       sepanjang hayat.  Tingkatkan kecekapan dalam ilmu sains mahupun ilmu sains sosial secara
       total.

12.  Mengikut Undng-undang
       Ketahui dan patuhi undang-undang berkaitan dan polisi institusi dan kerajaan sepanjang
       perlaksanaan penyelidikan.

13.  Perlindungan Subjek
       Penyelidik hauslah meminimumkan bahaya dan risiko sewaktu menjalankan penyelidikan
       terhadap manusia atau kehidupan lain dan maksimumkan faedah serta menghormati maruah,
       harga diri, privasi, an berusaha untuk mengagihkan faedah dan beban penyelidikan secara adil
       dan saksama.


ETIKA PADA TIGA TAHAP PENYELIDIKAN.....???
Isu etika dalam penyelidikan secara amnya melibatkan 3 tahap:

1.  Tahap 1 - Etika semasa proses perancangan/sebelum pelaksanaan penyelidikan
     Dapatkan kelulusan/kebenaran bertulis daripada semua pihak yang bakal terlibat dalam
     penyelidikan yang terbabit dalam tempoh masa yang praktikal iaitu dalam lingkungan 1-3 bulan.
     Kebenaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kenebaran daripada organisasi di mana
     penyelidikan akan dijalankan dan kebenaran peribadi daripada responden yang terlibat secara
     langsung atau tidak sevara langsung dalam penyelidikan yang hendak dijalankan.

2.  Tahap 2 - Etika semasa penyelidikan sedang dijalankan
     Etika sewaktu proses penyelidikan dilaksanakan berkait rapat dengan instrumen dan juga
     prosedur yang digunakan.  Penyelidik bertanggungjawab menghormati dan mematuhi prinsip-
     prinsip etika, dimana responden tidak dipergunakan sesuka hati semata-mata untuk
     mendapatkan data yang dihajati.  Hal ini penting bagi memastikan keselamatan responden dan
     menjamin ketelusan data yang dikumpulkan serta bebas daripada sebarang pengaruh.

3.  Tahap 3 - Etika setelah penyelidikan dilaksanakan(kejujuran dalam laporan data dan 
     interpretasi)
     Melalui penyelidikan kualitatif  melibatkan pengumpulan data melalui temubual dan
     pencerapan, penyelidik harus bertanggungjawab dalam pengolahan dan penginterpretasian data
     secara objektif dan sebagaimana yang diperkatakan responden.Elakkan sebarang manipulasi
     data atau maklumat yang dugunakan untuk kepentingan penyelidik kerana ia merupakan
     perbuatan yang tidak beretika  dan secara langsung mengurangkan kredibiliti penyelidikan yang
     dijalankan(Robson 2002).  Selain daripada  kejujuran dalam laporan data dan maklumat yang
     diperoleh, penyelidik bertanggungjawab berkongsi dapatan penyelidikan dengan individu-
     individu yang telah mengambil bahagian dalam penyelidikan tersebut.
   
ISU ETIKA DAN PLAGIARISME.....???
Plagiarisme merupaka isu yang menggugat dunia akademia di masa kini.  Plagiarisme boleh didefinisikan sebagi 'perbuatan mencedok kata-kata, idea dan lain-lain daripada karya orang 
lain dan menggunakannya sebagai karya nya sendiri' atau dalam erti kata lain, 'mencuri' atau 'meniru' hasil kerja orang lain dan mengaku hasilan tersebut ialah hasil kerja mereka sendiri.  Menurut Robson (2002), perbuatan plagiarisme boleh diambil tindakan tatatertib terhadap pesalah kerana ia merupakan satu amalan yang tidak beretika dan dipandang serius.  Oleh itu, penyelidik dinasihati membuat rujukan yang sepatutnya kepada penulis asal yang dirujuk.

AMALAN TIDAK BERETIKA....???
Robson (2002) dalam karyanya "Real World Research" menyenaraikan sepuluh amalan yang tidak beretika. dalam penyelidikan:

1.  Melibatkan responden tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.
2.  Memaksa responden(sama ada dengan cara eksplisit atau implisit) untuk mengambil bahagian
     dalam penyeldidikan.
3.  Merahsiakan informasi sebenar tentang tatacara dan proses penyelidikan.
4.  Menipu responden atau subjek.
5.  Melibatkan subjek dalam aksi-aksi yang boleh mengaibkan subjek.
6.  Melibatkan perbuatan yang menyalahi hak asasi kemanusiaan dalam penyelidikan.
7.  Mendedahkan responden kepada tekanan fizikal, mental dan emosi.
8.  Menceroboh hak privasi atau peribadi respondaen.
9.  Mengekang faedah daripad dinikmati setengah responden(contohnya dalam penyelidikan yang
     melibatkan kempulan kawalan dan kumpulan eksperimen).
10. Tidak melayan responden secara adil dan keperimanusiaan.


SALAH LAKU PENYELIDIKAN....???
1.   Pemalsuan Data
      Berlaku apabila penyelidik memalsukan data untuk tujuan tertentu seperti mendapatkan  
      dapatan yang signifikan secara statistik agar dapat diterbitkan dalam jurnal.

2.   Penyelewengan Dalam Pelaporan
      Berlaku apabila penyelidik memberikan gambaran yang salah tentang penyelidikannya supaya   
      laporan yang dihasilkan diterima masyarakat.

3.   Plagiat
      Berlaku apabila penyelidik gagal menyatakan sumber maklumat dalam penulisannya.



Sumber:
Penyelidikan Dalam Pendidikan
Noraini Idris

3 comments: