Tuesday 13 November 2012

Pemboleh Ubah

DEFINISI PEMBOLEH UBAH....???
Pemboleh ubah ialah konsep ataupun konstruk yang diselidik oleh penyelidik
(Gay & Arasian, 2000), yakni merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan;
yang berubah-ubah dari segi kualiti atau kuantiti.

JENIS PEMBOLEH UBAH....???
Pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan dapat dikategorikan kepada:
1.  Pemboleh ubah tidak bersabdar(independent variable)
2.  Pemboleh ubah bersandar(dependent variable)
3.  Pemboleh ubah luaran(extraneous variable)
4.  Pemboleh ubah moderator(moderator variable)
5.  Pemboleh ubah intervensi(intervening variable)

PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR....???
Pemboleh ubah tidak bersandar merupakan pemboleh ubah yang dijangka akan
mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain yang digelar pemboleh ubah bersandar.
Dalam penyelidikan berbentuk eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar merupakan
rawatan ataupun pemboleh ubah yang dimanipulasi, yakni diubah secara sistematik oleh
penyelidik.
Contoh: Seorang penyelidik berminat untuk menentukan kesan dua kaedah pembelajaran koperatif(Kaedah A dan Kaedah B)ke atas pencpaian akademik pelajar.  Kaedah
pembelajaran koperatif merupakan rawatan yang diberi kepada kumpulan eksperimen dan
dimanipulasi oleh penyelidik, di mana kumpulan pertama diajar dengan menggunakan
Kaedah A dan kumpulan dua pula diajar dengan Kaedah B, dengan jangkaan kedua-dua
kaedah akan memberi kesan yang berbeza ke atas pemboleh ubah bersandar iaitu
pencapaian akademik pelajar.

Dalam sesebuah penyelidikan, penyelidik boleh meneliti lebih daripada satu
pemboleh ubah tidak bersandar.
Contoh: Apakah hubungan antara efikasi kendiri(pemboleh ubah tidak bersandar),
 kelayakan akademik(pemboleh ubah tidak bersandar),  dan pengalaman mengajar
(pemboleh ubah tidak bersandar), guru dengan kualiti pengajaran(pemboleh ubah bersandar)
 mereka?

PEMBOLEHUBAH BERSANDAR....???
Pemboleh ubah bersandar merupakan pemboleh ubah yang menerima kesan satu atau
lebih pemboleh ubah tidak bersandar, sama ada pemboleh ubah yang dimanipulasi
ataupun yang diperhati oleh penyelidik(Jaeger, 1990).
Perubahan yang berlaku diandaikan berikutan pengaruh pemboleh ubah tidak
bersandar. Pemboleh ubah bersandar juga dikenali sebagai pemboleh ubah hasil
(outcome variable) atau pemboleh ubah kriteria(criterion variable).
Pemboleh ubah tidak bersandar dan bersandar sering digunakan dalam penyelidikan
eksperimen dan penyelidikan perbandingan penyebab(causal comparative study.
Dalam penyelidikan eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar dimanipulasi oleh
penyelidik untuk melihat kesannya ke atas pemboleh ubah bersandar.
Contoh: Adakah kaedah pembelajaran berasaskan masalah(pemboleh ubah 
tidak bersandar)dapat meningkatkan skor matematik (pemboleh ubah bersandar)
pelajar?

PEMBOLEH UBAH LUARAN....????
Pemboleh ubah luaran ialah pemboleh ubah tidak bersandar yang penyelidik percaya
boleh memberi kesan ke atas pemboleh ubah bersandar dalam sesuatu penyelidikan
khususnya penyelidikan eksperimen(Gay & Airasian 2000; Mohd Majid Konting, 2005;
Pallant, 2001).
Contoh: Dalam penyelidikan tentang kesan kaedah pembelajaran koperatif ke atas
pencapaian akademik pelajar, di samping kesan kaedah pembelajaran yang diselidik,
pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh faktor kecerdasan pelajar.  Oleh itu,
kecerdasan pelajar yang merupakan pemboleh ubah luaran turut boleh
mengganggu kesan kaedah pembelajaran ke atas pencapaian pelajar.
Namun begitu, apabila mengkaji hubungan sebab-akibat antara pemboleh ubah
tidak bersandar yang dimanipulasi dan pemboleh ubah bersandar, penyelidik perlu
mengawal dan meminimumkan pengaruh pemboleh ubah luaran ke atas pemboleh
ubah bersandar kerana ia mungkin akan memberi kesan sehingga menjejaskan
keputusan eksperimen.

PEMBOLEH UBAH MODERATOR.....???
Dalam hubung kait antara pemboleh ubah, terdapat  sekurang-kurangnya satu
pemboleh ubah tidak berandar dan satu pemboleh ubah bersandar.  Sebarang pemboleh
ubah yang mengubah hubungan antara kedua-dua pemboleh ini dinamakan pemboleh
ubah moderator iaitu pemboleh ubah tidak bersandar yang tidak dimanipulasi tetapi
disedari oleh penyelidik dan diukur dalam penyelidikan.
Contoh: Katakan penyelidik ingin meneliti hubungan antara motivasi (pemboleh ubah X)
dan penggunaan strategi pembelajaran(pemboleh ubah Y) dalam kalangan pelajar sekolah
rendah di Malaysia.  Dalam penyelidikan ini, pemboleh ubah moderator yang mungkin
mempengaruhi kekuatan antara motivasi dan penggunaan strategi pembelajaran ialah
umur pelajar (pemboleh ubah Z).
Hal ini kerana kekuatan hubungan antara pemboleh ubah X dan pemboleh ubah Y
mungkin meningkat mengikut peringkat umur, iaitu pelajar-pelajar yang lebih tua
berkemungkinan mempunyai motivasi yang lebih tinggi ddalam penggunaan strategi
pembelajaran kerana keinginan mereka untuk mencapai keputusan yang baik adalah
lebih tinggi.

PEMBOLEH UBAH INTERVENSI....???
Pemboleh ubah intervensi(intervening variables or mediating variables)merupakan
pemboleh ubah yang mewujudkan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan
pemboleh ubah bersandar.  Oleh itu, penyingkiran pengaruh pemboleh ubah intervensi
akan menyebabkan ketiadaan sebarang hubungan  antara kedua-dua pemboleh ubah.
Contoh: Dalam suatu penyelidikan tentang kebolehan membaca kanak-kanak, pelbagai
data telah dikumpul oleh penyelidik, termasuk maklumat demografi dan data fizikal
seperti umur (pemboleh ubah Z) dan ketinggian kanak-kanak(pemboleh ubah X).
Hasil analisis menunjukkan bahawa ketinggian (pemboleh ubah X) kanak-kanak
mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kebolehan membaca
(pemboleh ubah Y) mereka.  Hal ini bermakna semakin tinggi (pemboleh ubah X)
seseorang kanak-kanak, semakin tinggi kebolehan (pemboleh ubah Y) membacanya.
Realitinya, ketinggin kanak-kanak(pemboleh ubah X) dan kebolehan membaca
mereka (pemboleh ubah Y) dipengaruhi oleh satu pemboleh ubah ketiga iaitu umur
(pemboleh ubah Z) dan penyingkiran pengaruh umur secara statistik akan melenyapkan
hubungan antara ketinggian (pemboleh ubah X) dan kebolehan membaca
(pemboleh ubah Y) kumpulan kanak-kanak yang diselidik.

Pemboleh ubah intervensi juga mungkin hanya mempengaruhi pemboleh ubah tidak
bersandar dan menyebabkan perubahan berlaku dalam pemboleh ubah bersandar.

Sumber:
Penyelidikan Dalam Pendidikan
Noraini Idris 2010




2 comments:

  1. Maklumuat boleh dipaparkan dengan lebih jelas dan mudah sekiranya digunakan ilustrasi yang sesuai seperti rajah, carta dan sebagainya.
    Jam digital terletak di atas tulisan, agak menyusahkan pembaca.Cuba tukar template lain.. TQ

    ReplyDelete