Saturday 6 October 2012

Beg Sekolah Berat

                                                           Kartun dari Usik-usik Utusan


Isu beg sekolah bagi pelajar sekolah sememangnya telah lama di bicangkan. Beban yang terpaksa dipikul oleh seorang pelajar sekolah rendah setiap hari adalah lebih kurang 3 - 5 kg. Beg yang berat bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan tumbesaran kanak-kanak, ia juga memberikan impak negatif terhadap motivasi murid untuk belajar. Dengan perkembangan teknologi masa kini, diharapkan ada perubahan dalam dasar pendidikan yang lebih mesra kepada pelajar contohnya dengan beraihh kepada penggunaan komputer tablet yang lebih ringan, kos efektif bagi jagka masa panjang dan lebih menarik kerana bersifat interaktif.

No comments:

Post a Comment