Friday 12 October 2012

Pernyataan Masalah Penyelidikan

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN

Langkah pertama dalam proses penyelidikan ialah mengenal pasti masalah. Masalah kajian merujuk kepada isu pendidikan atau ’concern’ yang penyelidik persembahkan dan justifikasi dalam research study.

Secara umum, pernyataan masalah bertumpu kepada;

1.       Gambaran apa yang dikaji/ apakah yang hendak dikaji

2.       Rasional untuk melakukan kajian tersebut/ mengapa ia perlu dikaji

3.       Bagaimanakah masalah itu telah dapat dikenalpasti

4.       Apakah faktor-faktor yang membawa kepada masalah tersebut.

Ciri-ciri penting dalam membentuk permasalahan kajian;

1.       Masalah mestilah benar-benar wujud dan dialami oleh individu atau sekumpulan individu.

2.       Perlu adanya objektif yang hendak dicapai

3.       Perlu ada pelbagai pilihan atau alternatif atau cara dalam mencapai matlamat tersebut

4.       Penyelidik tidak pasti alternatif manakah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat

5.       Masalah wujud dalam persekitaran yang boleh dikaji

Sumber-sumber masalah/ isu yang dikaji

1.       Pengalaman sendiri/ orang lain

2.       Karya

3.       Teori

4.       Kehidupan seharian (comman sense)

5.       Isu

6.       Kajian lepas

No comments:

Post a Comment