Tuesday 30 October 2012

Definisi Penyelidikan Dan Langkah Penyelidikan



Definisi Penyelidikan

Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).  Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut:



Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

1.   Mengenal pasti Masalah dan
     menggubal  Soalan Kajian atau
     Hipotisis
2.  Mereka Bentuk Kajian untuk
     menjawab soalan Kajian atau
     menguji hipotesis
3.  Mengumpul dan Menganalisis Data
4.  Menjawab Soalan Kajian atau
      menerima/menolak hipotesis






LANGKAH 1: PENGHASILAN IDEA

Idea untuk penyelidikan diperolehi daripada pelbagai sumber. Mula dengan tempat kerja dan keadaan sekiling anda. 


  •  Jika anda seorang guru, berbagai idea untuk kajian wujud dalam bilik darjah yang melibatkan dengan ciri-ciri pelajar, kaedah mengajar, ciri-ciri guru dan bahan pengajaran. 
  •  Jika anda seorang pengurus pendidikan, idea untuk penyelidikan wujud dalam tugas seharian    mentadbir sesuatu organisasi pendidikan.
  •  Jika anda seorang pelatih korporat, berbagai jenis idea wujud dalam bidang latihan yang melibatkan pelajaran dewasa, bahan pengajaran serta sistem penyampaian maklumat

.
Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah, ketagihan dadah di kalangan remaja, minat pelajar terhadap persekolahan, masalah ponteng dan sebagainya. Bagaimana isu-isu ini hendaklah dikaitkan dengan teori dan kajian-kajian lampau yang berkaitan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga merupakan idea untuk penyelidikan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah variabel tertentu. Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan.

Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah, ketagihan dadah di kalangan remaja, minat pelajar terhadap persekolahan, masalah ponteng dan sebagainya. Bagaimana isu-isu ini hendaklah dikaitkan dengan teori dan kajian-kajian lampau yang berkaitan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga merupakan idea untuk penyelidikan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah variabel tertentu. Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan.

LANGKAH 2: MENGENAL PASTI MASALAH

Setiap pelajar yang ingin menjalankan penyelidikan kan berdepan dengan isu mencari masalah untuk dikaji yang merupakan langkah penting ke arah menjadi penyelidik matang. Mencari masalah yang hendak dikaji adalah sukar bagi kebanyakkan pelajar sehingga beberapa di antara mereka enggan meneruskan pengajian.
Berikut ini ialah beberapa langkah pelajar boleh gunakan untuk mencari masalah.



  • Kenal pasti satu masalah yang umum dalam bidang yang menarik minat anda dan berkaitan dengan matlamat profesional anda. Misalnya, anda mungkin minat dengan bagaimana kanak-kanak belajar matematik, bagaimana hendak  menjadikan pengajaran sains lebih menarik, bagaimana mempertingkatkan pengajaran pendidikan moral, bagaimana menggunakan teknologi dalam pengajaran. 
  • Setelah menegenal pasti apa yang hendak dikaji, langkah seterusnya ialah kebolehan menyatakan masalah yang hendak dikaj dalam bentuk ayat yang jelas.
·       





Masalah yang hendak dikaji:  
         

  •  Hendaklah dinyatakan sebagai hubungan antara dua atau lebih variabel. Contoh: Adakah sikap terhadap sekolah berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar? Adalah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam pemilihan kerjaya?
  •  Hendaklah jelas dan tidak mengelirukan dan dinyatakan dalam bentuk soalan. Walau bagaimana pun sesetengah penyelidik juga menyatakan masalah kajian dalam bentuk pernyataan seperti, “Tujuan kajian ini ialah ……….” atau :”Masalah kajian ini ialah ………..”. Faedah mengemukakan masalah dalam bentuk soalan ialah kerana ia memudahkan perincian kepada soalan kajian atau hipotesis.
  • Harus membuka peluang untuk diuji secara emprikal. Masalah yang tidak memudahkan pengujian hubung kaitan antara variabel-variabel yang disebut tidak lagi masalah saintifik. Contohnya, jika anda boleh mengukur variabel harga diri dan pencapaian akademik, anda boleh menghubung kait kedua-dua variable itu.

1 comment:

  1. Banyak maklumat berguna, syabas. Tukar template supaya warna fon dengan warna background contrast.

    ReplyDelete