Friday 19 October 2012

Proses Perancangan Penyelidikan & Pernyataan Masalah



Proses Perancangan Penyelidikan

Perancangan dan pelaksanaan sesuatu penyelidikan merangkumi tujuh peringkat yang utama, Rajah 5.1 berikut mengilustrasikan secara ringkas tujuh peringkat dalam proses perancangan dan pelaksanaan penyelidikan tersebut. 

  • Pernyataan Masalah
  • Tinjauan Literatur
  • Pembentukan Instrumen Kajian
  • Pengumpulan Data 
  • Analisis & Interpretasi
  • Menilai, Mensintesis & Malapor
  • Persampelan


     
Di dalam penyelidikan, terdapat pelbagai jenis kaedah boleh digunakan untuk mengumpul data. Antara kaedah-kaedah penyelidikan yang kerap kali digunakan ialah:
  •  Ujian
  •  Soal Selidik
  •  Temubual
  •   Pemerhatian
  •  Analisis Dokumen
·
Peringkat Permulaan Penyelidikan

1.    Pernyataan Masalah
Proses  pernyataan masalah, iaitu membentuk soalan-soalan penyelidikan diadakan selepas mengenal pasti bidang atau topic kajian. Literatur yang berkaitan dengan topik kajian telah ditinjau secara kontektual serta lengkap.

Pernyataan masalah kajian boleh berbentuk soalan-soalan terbuka, iaitu pernyataan idea, masalah, hipotesis untuk diuji sebagai tujuan penyelidikan. Ia digunakan sebagai penjelasan tujuan-tujuan penyelidikan yang akan dilaksanakan. Menurut Bassey (1990), terdapat empat cara yang boleh membantu bakal penyelidik untuk menentukan tujuan inkuiri kajian dengan mempertimbangkan soalan-soalan berikut:
·         Apakah soalan-soalan yang akan disoal dalam rancangan penyelidikan?
·         Apakah hipotesis yang hendak diuji?
·         Apakah isu-isu yang hendak diterokai?
·         Apakah usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah?

Jenis Soalan Penyelidikan

Soalan-soalan penyelidikan adalah berkait rapat dengan beberapa kategori penyelidikan sebagaimana yang dihuraikan seperti berikut:
·       Untuk soalan-soalan penyelidikan yang dibentuk berdasarkan domain holistic  ‘ ingin tahu’, kajian   lazimnya bertujuan kea rah inkuiri dan penemuan. Maka, kajian inkuiri-penemuan adalah dikenali sebagai penyelidikan asas.
·       Untuk soalan-soalan penyelidikan yang memfokus keberkesanan, akauntabiliti, kegunaan, eksplorasi  dan sebagainya, kajian lazimnya tertumpu kepada aplikasi dan penambahbaikan. Maka, kajian ini dikenali sebagai penyelidikan aplikasi.
·       Untuk soalan-soalan penyelidikan yang berciri evaluatif, kajian lazimnya  kea rah menilai ciri kesahan, kebolehpercayaan , keobjektifan dan kemudahtadbiran, berdasarkan laporan kajian  yang dipersembahkan. Pada amnya , soalan-soalan evaluatif ini memberi fokus atas amalan yang lebih daripada soalan-soalan penyelidikan yang dibentuk untuk penyelidikan aplikasi. Maka, soalan-soalan evaluatif adalah berkait rapat dengan penyelidikan penilaian. 

Rujukan
Penyelidikan Dalam Perancangan
Mok Soon Sang

No comments:

Post a Comment